PKPD Kampung Tanah Merah Kota Marudu dilanjutkan sehingga 22 Mac

KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu bermula 9 Mac hingga 22 Mac ini.

Advertisements

Dalam satu kenyataan media, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 319 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM juga mengesahkan masih terdapat 181 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan kes-kes positif masih dilaporkan di lokaliti itu,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu bermula 09 Mac 2021 hingga 22 Mac 2021,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dan dijadualkan tamat pada 8 Mac 2021.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah hari ini merekodkan 71 kes positif baharu COVID-19 , menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,557 kes.

Dua kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu dan Keningau, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles