Mafi ambil perhatian Serius Ramai Nelayan Tulen di Sabah tiada lesen perikanan

BELURAN, 8 Mac — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengambil perhatian serius masalah ramai nelayan tulen di negeri ini yang tidak mempunyai lesen perikanan.

Advertisements

Justeru, Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, MAFI telah dan sedang mengambil tindakan untuk mendaftarkan nelayan tulen ini di Jabatan Perikanan bagi membolehkan mereka menerima bantuan disediakan kerajaan khususnya Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM300 setiap bulan.

“Di negeri ini (Sabah) antara negeri yang masih mempunyai ramai nelayan tulen tidak memiliki lesen menangkap ikan perikanan.

“MAFI telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah dihadapi nelayan tulen ini melalui Jabatan Perikanan dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) serta Persatuan Nelayan Negeri (PNN),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santai Bersama Warga Nelayan di Pulau Jambongan Paitan, hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata pada masa sama, proses pemutihan juga dilakukan bagi menilai senarai nelayan yang sudah berdaftar bagi memastikan mereka ini nelayan tulen sepenuh masa.

Katanya masalah nelayan tulen tiada lesen menangkap ikan ini juga berlaku di beberapa negeri lain di negara ini.

“Ada di beberapa negeri tindakan sudah diambil dan langkah pemutihan serta pendaftaran lesen sedang dilakukan ketika ini,” katanya.

Bagi memastikan proses pendaftaran dan pemutihan ini berjalan lain, beliau mahu PNK dan PNN memainkan peranan aktif dengan memastikan hanya nelayan yang tulen didaftar untuk mendapatkan lesen menangkap ikan.

Menurutnya kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk nelayan dan harus sampai kepada golongan sasar iaitu nelayan bagi membolehkan mereka menerima bantuan tersebut antaranya elaun sara hidup nelayan dan subsidi minyak.

Dibawah belanjawan 2021, sebanyak RM151 juta diperuntukkan untuk elaun sara hidup nelayan laut dan darat.

Dalam pada itu, Ronald berkata terdapat 210 nelayan tulen di Pulau Jambongan ini tidak mempunyai lesen menangkap ikan menyebabkan mereka tidak menerima bantuan disediakan oleh kerajaan.

Katanya ini membabitkan satu bilangan ramai dan satu tindakan aktif perlu diambil oleh agensi terlibat dibawah MAFI khususnya Jabatan Perikanan untuk membantu nelayan terlibat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles