Jambatan Tamparuli Bakal Berubah Wajah

TAMPARULI: Jambatan Gantung Tamparuli bakal berubah wajah menjadi tarikan pengunjung dan pelancong, apabila diceriakan lukisan mural gergasi berkonsepkan corak tempatan asli tidak lama lagi.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, lukisan itu nanti akan menjadikan tiang-tiang besar jambatan tersebut lebih indah dan menarik dipandang.

Mengambil ilham kejayaan di kawasan bandar raya yang terkenal dengan kreativiti seni jalanan sehingga menjadi tarikan di mata dunia, beliau bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, dan beberapa individu yang terlibat secara langsung projek lukisan mural di bangunan Wisma Wanita baru-baru ini, kini dalam fasa kajian reka bentuk dan penelitian aspek teknikal bagi menjayakan impian itu.

“Selepas kejayaan projek mereka seperti transformasi bangunan Wisma Wanita, kita akan menggunakan sepenuhnya kemahiran kumpulan pelukis mural Sabah ini untuk memperluaskan projek pengindahan itu ke Jambatan Gantung Tamparuli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Jambatan Gantung Tamparuli dan seterusnya sekitar kawasan pasar pekan Tamparuli, dekat sini hari ini.

“Tujuannya adalah untuk membuat satu ‘landmark’ bagi kawasan Tamparuli, di mana setiap orang yang masuk ke sini nanti akan melihat ikon ini,”.
“Di samping itu, kita juga dapat mempromosikan hasil seni tempatan, dalam bentuk seni lukis dan seni budaya,” tambah beliau.
 
Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tamparuli, Dohimbang Bongkihoi, YDP PIBG SMK Tamparuli merangkap Ketua Kampung Tamparuli, Micheal Kadum dan wakil Kumpulan Pelukis Mural Sabah, Saidi Atiman.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles