Salleh temui Pengerusi SKMM

KOTA KINABALU: Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (tengah) mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek (kiri) di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor, hari ini.

Advertisements

“Kami sama-sama berbincang mengenai pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela) khususnya di Sabah”, kata Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan.

JENDELA diperkenalkan bagi menyediakan akses kepada pengguna untuk menilai liputan dan kualiti perkhidmatan dan juga membolehkan perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara oleh pelbagai Kementerian dan agensi terbabit, termasuk di peringkat negeri, supaya perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada para pengguna dalam kadar yang lebih segera.

Ketika melancarkan pelaksanaan JENDELA tahun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan tindakan ini yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara itu akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025). 

Menurutnya JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa yang menyaksikan fasa 1 memfokus kepada Memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk, Mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps dan Membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.

Ini juga akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G, katanya.

Fasa 2 pula merupakan peralihan kepada 5G yang akan disusuli selepas platform yang kukuh di dalam Fasa 1 ini dapat dicapai, selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.

Muhyiddin juga dipetik sebagai berkata bahawa rakyat Negeri Sabah akan turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan JENDELA dari tahun 2020 sehingga 2022. 
Ini termasuk penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu dan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), sementara 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G. Sebanyak 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles