Adun, MP dibenarkan rentas daerah dan negeri untuk tujuan rasmi – Masidi

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dibenarkan merentas daerah dan negeri masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tujuan rasmi atau melawat kawasan.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiada had dalam kenderaan persendirian bagi orang yang keluar daripada rumah yang sama tetapi hendaklah mengikuti kapasiti tempat duduk kenderaan.

“Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar kawasan awam, terbuka dan sesak,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Selain itu, Masidi berkata Kolej matrikulasi  dibenarkan dalam tempoh PKPB. 

Masidi berkata, pergerakan bagi kemasukan para pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM dan KPT juga dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles