KENINGAU: Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron meneruskan program jelajah di Dun Sook dengan melawat 13 lagi kampung pada Jumaat dan Sabtu.
Tiga belas kampung terbabit ialah Kg rancangan Belia Tiulon, Kg Liposu, Kg Kawakahan, Kg kabuan, Kg mototou, Kg Sasagahan, Kg Masorui, Kg mantanid, Kg Maatol, Kg delayan lama, Kg Papar Baru, Kg Batu Lunguyan, Tulid dan Kg Pauh, Tulid.
Jordan berkata semasa lawatan itu, beliau berpeluang mendengar pelbagai rungutan dan  masalah penduduk di kampung tersebut.
“Saya juga telah menghulurkan sumbangan peribadi kepada Orang kurang sihat, menyertai Gotong royong Membuat jalan kebun, membantu golongan warga emas.Â
“Selebihnya, saya telah memberi sumbangan kepada gereja Rancangan belia Tiulon untuk menyiapkan kelas kanak kanak,” katanya kepada Jesselton Times.
Jordan turut menyumbangkan sebuah papan tanda untuk Koperasi kraftangan di Kg batu lunguyan.Â
“Antara visi dan misi saya ialah menolong dan mempromosi koperasi di kawasan Dun Sook,” katanya.