Pemimpin akar umbi STAR jangan kecewa walau tidak diberi jawatan – Linggu

TUARAN: Ketua Penyelaras STAR Parlimen Tuaran, Edward Linggu merayu ahli-ahli parti tersebut bertenang dan sabar meskipun dengan adanya kekecewaan dengan perlantikan politik.

Advertisements

Dalam kenyataannya di sini, Linggu berkata dia memahami mengapa ada beberapa ahli STAR yang telah berjuang membantu kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihanraya lalu tetapi tidak mendapat lantikan ke mana-mana badan berkanun negeri, Mahkamah anak Negeri atau kepemimpinan kampung seperti yang diharapkan.

“Bagaimanaun, marilah kita bersikap teguh dengan kesetiaan dan cuba memahami keadaan secara rasional,” katanya.

“Ada banyak alasan mengapa pemimpin di peringkat desa teah dilantik sementara yang lainnya tidak. Sebagian sebabnya ialah jawatan-jawatan memang terhad dan perlu pula dikongsikan dengan parti-parti lain, sedangkan yang mengharapkan lantikan begitu ramai. Dan kelayakan, kesesuaian dan senioriti juga perlu diambilkira.”

Linggu yang juga Pengarah Strategik STAR mengingatkan para ahli dan penyokong STAR Tuaran bahawa masih ada lebih banyak lagi objektif yang perlu dicapai oleh STAR, termasuk merebut kerusi Parlimen P170 Tuaran dari pembangkang pada pilihan raya akan datang.

“Sebagai mantan ADUN Tamparuli, saya penuh menyedari betapa perlunya perpaduan dan kerjasama untuk kita mencapai kemenangan yang seterusnya, tanpa mengira siapa juga calon GRS,” tambahnya.

“Pada masa ini STAR berada di tangga kemenangan dengan begitu ramai YB kita yang dilantik menjadi pimpinan negeri, dengan presiden kita YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan di hadapan kita sebagai timbalan ketua menteri dan juga timbalan pengerusi Perikatan Nasional.

“Objektif bersama GRS adalah untuk memperkuat pemerintahan negeri dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara dengan turut bersama dalam  kabinet persekutuan.”

Beliau berseru kepada semua ahli STAR, bukan hanya mereka di Tuaran, tetapi di seluruh Sabah untuk bersatu di belakang presiden STAR yang sejak 1980-an berjuang keras, nalah telah mengalami penderitaan, kerana memperjuangkan mendapat hak dan autonomi Sabah.

“Marilah kita mendengar nasihat DSP Dr. Jeffrey kepada semua anggota supaya sekarang kita semua harus bersikap sebagai pemimpin dan anggota dalam dalam kerajaan negeri,” kata Linggu.

“Beliau telah menasihati kita agar meninggalkan cara lama di mana kita telah bercakap dan bertindak sebagai pembangkang.”

Linggu, memberi jaminan bahawa perjuangan STAR akan terus sama mengurus bersama daam kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan beberapa peruntukan MA63, berjanji dalam 20 Perkara, menuntut royalti yang lebih tinggi untuk minyak dan gas, untuk merealisasikan 40 peratus bahagian Pendapatan Sabah dan sebagainya.

“Kita berdiri teguh di belakang perdana menteri kita, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setia bersama kepemimpinan ketua menteri kita, YAB DSP Hajiji Hj Noor,” tegasnya.

“Kita mempercayai kosep pembangunan Sabah baru di bawah ketua menteri yang bertekad untuk mentadbir dengan adil bagi semua rakyat Sabah dengan semangat “Sabah Maju Jaya”.

“Kita juga harus ingat bahawa presiden parti kita bekerja keras untuk Sabah dan juga untuk kesejahteraan dan kemajuan seluruh keanggotaan parti STAR. Marilah kita semua meletakkan keercayaan kepada kebijaksanaan, kekuatan dan kemahirannya memimpin kita untuk memenuhi impian kita dalam suasana Sabah yang baru.

“Oleh itu, semua ahli parti, termasuk kita di Tuaran, sekarang harus berdiri teguh dan bangga, dan maju dengan yakin untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ini bukan masa yang sesuai untuk puttus asa ketika kita kuat dan sedang maju ke hadapan.”

Related Articles

253FansLike

Latest Articles