Bekas Calon PCS Dun Nabawan Sertai PN

NABAWAN: Bekas calon PCS Dun Nabawan pada pilihan raya negeri ke-14 menyertai Perikatan Nasional (PN).

Advertisements

Ampalus Senaron kini menjadi ahli Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) yang merupakan salah satu parti komponen PN.

Ampalus berkata beliau membuat keputusan menyertai STAR kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan PCS yang menurutnya tidak ada halatuju yang jelas.

Pengumuman itu dibuat pada majlis ringkas di sini baru-baru ini yang dihadiri Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin dan Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron.

Turut mengikut jejak langkah Ampalus ialah ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bahagian Nabawan Yangin Lumbis yang mengambil keputusan menyertai STAR.

Kedua-dua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian kepada Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles