Anggota JPKK Main Peranan Penting Sebagai Penghubung Kerajaan dan Masyarakat

KOTA MARUDU: Pemimpin akar umbi, khususnya ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding berkata JPKK juga merupakan  agen penyampai maklumat dan agenda serta pemudahcara program kerajaan.

Hendrus berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan watikah perlantikan JPKK di pejabat Adun di sini.

Majlis ini turut dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Majawap Masantun, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Joseh Vung Nyuk Chin, serta Pemaju-Pemaju Mukim.

Beliau berkata JPKK yang dilantik perlu menyalurkan dengan kadar segera maklumat kepada wakil rakyat mengenai keperluan rakyat yang mendesak di kawasan itu.

Bagi kawasan Dun Tandek seramai 74 orang JPKK yang telah dilantik bagi kampung masing-masing.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles