KOTA KINABALU: Seramai lima murid dan empat guru di SM St.Micheal Penampang disahkan positif Covid-19 antara 26 Jan dan 3 Feb lalu.
Menteri Kerajaaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kes jangkitan melibatkan sekolah itu bermula daripada kontak keluarga.
“Bagaimanapun, tidak ada kes positif selepas 3 Februari.” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, empat murid dan 14 guru didapati positif Covid-19 di lapan sekolah di Sandakan yang telah ditutup sebelum ini.
Sekolah-sekolah itu ialah SM St.Mary, SMK Batu Sapi, SMK Elopura Bestari, SMK Perempuan, SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM St. Cecelia dan SMK Agama Tun Juhar.
Semua sekolah berkenaan telah dibuka semula.