KPS Agih Bantuan Bakul Makanan Di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) mengagihkan sebanyak 110 bakul makanan dan 10 unit bantuan peranti telefon pintar sempena program gerakan bantuan misi ziarah prihatin di sekitar daerah Kota Marudu.

Advertisements
Alat peranti telefon pintar.
Alat peranti telefon pintar.

Presidennya, Mohd Taufik Ismail berkata program gerakan itu bertujuan membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID 19 dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). 

Sebanyak 12 kampung termasuk Kg Ranau, Kg Balagaton, Kg Marudu Darat dan Kg Bengkongan menerima sumbangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Barisan Pengguna Sabah, Hashima Hasbullah Yahya berkata program anjuran bersama KPS itu merupakan program pertama Tanggungjawab Sosial Koprat (CSR) bagi persatuan itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Pegawai daerah pembangunan Kota Marudu, Yusup Bakrin.

Yusup turut menzahirkan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan oleh pihak KPS dan mengharapkan agar lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) meneladani usaha murni ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles