KENINGAU: Biarpun baru berusia 20an, Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron sudah memaparkan ciri-ciri berjiwa rakyat.
Setiap kali balik ke kampung halaman di Sook, beliau menjadikan amalan untuk turun padang ke kampung-kampung bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat khususnya golongan belia.
Semalam, anak jati Sook itu melawat 10 tempat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Sook bagi mendengar luahan hati penduduk kampung termasuk para belia.
Sepuluh kampung terbabit ialah Kg Johan Jaya, Kg Terelobou, Kg Binuou Tengah, Kg Binuou Ulu, Kg Tiulon, Kg Mustika, Balai Bomba Sook, Seri Menanti, Bunang Ulu dan Taman Anggerik.
“Hasil lawatan tersebut, Saya dapat tahu kekurangan kampung tersebut. Permintaan seperti naiktaraf dan pembinaan baru gelangang, Masalah Jalan kampung dan keperluan pembaikan pembangunan gereja.
“Semua ini saya akan sampaikan kepada saluran yang sesuai dan harap semua urusan akan berjalan lancar untuk keselesaan dan kebaikan rakyat,” katanya kepada Jesselton Times.
Semasa lawatan itu, Jordan, anak kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah telah menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi KUK dari Kg Seri menanti yang anaknya masih belajar di Sebuah Universiti di Sarawak selain melawat Tuan Asnandi Taman Anggerik, dekat sini yang kehilangan adiknya buat selama-lamanya.