Jordan teruskan misi dekati belia Sook

601
Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mendengar luahan belia di Sook.
Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mendengar luahan belia di Sook.

KENINGAU: Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron meneruskan misi mendekati dan mendengar luahan hati para belia di kawasan Dewan Undangan Negeri Sook, terutama yang berkaitan dengan kemudahan gelanggang sukan.

Pada Khamis sahaja, beliau melawat sekurang-kurangnya empat gelanggang sukan di empat kampung dalam kawasan DUN Sook.

Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mendengar luahan belia di Sook.
Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mendengar luahan belia di Sook.

Empat kampung itu ialah Dalit Ghana/Laut, Kahaba, Punggul dan Kg Bonod, Bt 7, mukim Sook.

Menurut Jordan, berkata maklumbalas yang diperolehi akan dibawa kepada perhatian Kementerian Belia dan Sukan negeri bagi tujuan penaiktarafan kemudahan tersebut.

Semasa lawatan itu, Jordan turut  mengunjungi rumah Tuan Jiki yang kehilangan anak tersayang buat selama-lamanya di kampung Bangawong bagi menyampaikan sumbangan.

Jordan juga menzahirkan tekad untuk berusaha semana yang boleh untuk membaiki rumah seorang Warga Emas di Kg benod, bt 7.