by The Editorial Team
KENINGAU: “Janji mesti dikota. Kepuasan baru dapat dirasa”. Itulah ungkapan yang menjadi pegangan Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordana Jude Ellron.
Tidak sampai seminggu selepasJordan melawat jalan kampung Delayan Lama di kawasan Dewan Undangan Negeri Sook yang rosak akibat banjir baru-baru ini, beliau kembali ke kampung tersebut untuk meninjau kerja-kerja pembaikan jalan itu.
Sebagai pemimpin belia berjiwa rakyat, Jordan bermurah hati menyumbang beberapa “Trip Batu” bagi membaiki lubang dan jalan kampung Delayan Lama, sekaligus memberi keselesaan kepada penduduk kampung termasuk golongan belia.
“Saya cuba melakukan yang terbaik setakat yang mampu,” katanya kepada Jesselton Times pada Rabu.
Minggu lepas, Jordan turun padang bagi meninjau gelanggang serbaguna sukan di tujuh Kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sook.
Jordan berkata dapatan daripada tinjauan itu akan dibawa kepada perhatian Kementerian Belia dan Sukan negeri bagi tujuan penaiktarafan kemudahan itu, sekaligus memberi manfaat kepada para belia di DUN tersebut.
Tujuh kampung terbabit ialah Kg Delayan Baru,Kg Delayan Lam, Kg Bunang Laut, Kg papar baru, Kg Kionsom, Kg Mapila dan Kg malima.