Orang ramai diingatkan guna aplikasi sedia ada untuk kemukakan aduan kerosakan jalanraya

KOTA KINABALU : Orang ramai diingatkan agar menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, bagi mengemukakan sebarang aduan berhubung kerosakan jalanraya.

Advertisements
Ali Ahmad menunjukkan plan asal jejambat semasa mengirigi Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin meninjau kerosakan jejambat di Hilltop Luyang.
Ali Ahmad menunjukkan plan asal jejambat semasa mengirigi Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin meninjau kerosakan jejambat di Hilltop Luyang.

Pengarahnya Ir Ali Ahmad Hamid (gambar kecil)  berkata aduan boleh dibuat di “Aduan Jalan Raya Jabatan Kerja Raya Sabah”  melalui aplikasi https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jkrapp bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerosakan jalanraya di negeri ini khususnya jalan-jalan dibawah kendalian JKR.

Turun padang...Ali Ahmad turun padang semasa meninjau jalan runtuh di KM 45.70 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom baru-baru ini.
Turun padang…Ali Ahmad turun padang semasa meninjau jalan runtuh di KM 45.70 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom baru-baru ini.

Beliau berkata aplikasi itu dibangunkan oleh JKR Sabah  bertujuan menerima dan mengumpul info atau aduan berkaitan kerosakan  jalan raya di Sabah.

“Aplikasi ini merupakan usaha JKR Sabah menyediakan rangkaian jalan raya yang selamat,selesa dan boleh dilalui setiap masa.

“Penggunaan aplikasi ini hanya terhad untuk aduan  jalanraya di negeri Sabah sahaja dan pengguna boleh menggunakannya untuk tujuan tersebut bagi memudahkan aduan pengguna dapat ditangani secepatnya,” katanya.

Ali Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk  Seri Bung Moktar Radin meninjau kerosakan Jejambat (Flyover) Hilltop di Luyang pada Khamis.

Ali Ahmad berkata demikian sebagai mengulas beberapa aduan yang dimuat naik berserta gambar melalui media sosial atau aplikasi WhatsApp tetapi hasil siasatan pihak JKR, perkara tersebut didapati tidak wujud.

Tambah beliau sejak kebelakangan ini ketika Sabah berdepan dengan fenomena hujan lebat  berpanjangan dan banjir yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini yang mengakibatkan banyak jalan yang runtuh, terdapat pula pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial atau aplikasi WhatsApp untuk membuat aduan palsu.

“Setelah pihak kami melakukan sisatan dilokasi yang dimaksudkan dari aduan yang menggunakan media sosial dan aplikasi WahtAspp ini ,kami dapati ianya tidak benar ,malah gambar yang dimuat naik adalah  gambar dari sumber lain dan tidak berlaku di Sabah,” katanya.

Menurut Ali Ahmad perbuatan ini sudah tentu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mencemarkan imej kerajaan,pemimpin dan JKR.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles