Kerajaan digesa percepatkan projek tebatan banjir di Penampang

PENAMPANG: Kerajaan digesa mempercepatkan usaha menangani masalah banjir yang semakin kerap berlaku di daerah ini.

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah N26 Moyog John Chryso Masabal berkata masalah banjir dapat dielakkan sekiranya projek tebatan banjir di daerah ini dapat disiapkan dengan kadar segera.

“Sejak beberapa tahun ini, taburan air hujan di negeri ini tidak menentu dan sekaligus mengakibatkan masalah banjir yang semakin kerap di daerah Penampang ini.

“Pihak kerajaan perlu mempercepatkan pelan tebatan banjir di daerah ini kerana hal ini menjadi kebimbangan masyarakat setempat setiap kali musim hujan,” gesanya.

Tegasnya, hujan sejak petang kelmarin menyebabkan kebanyakkan kawasan di Penampang dinaiki air. 

Dalam masa yang sama, Masabal turut berkata ia bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian penduduk, malah sektor perniagaan di sekitar daerah ini turut menerima impak yang besar akibat masalah banjir tersebut.

“Sektor perniagaan di daerah ini seperti pasar awam dan kedai-kedai di Pekan Donggongon turut terjejas setiap kali musim hujan. Para peniaga bukan saja terpaksa menghentikan perniagaan mereka tetapi menanggung kerosakan premis dan barangan perniagaan,” jelas beliau.

Masabal berkata, Penampang sering berdepan dengan masalah banjir, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan semakin teruk.

“Walaupun hujan tidak lebat, namun terdapat beberapa tempat tetap dinaiki air seperti di kawasan -kawasan rendah di daerah ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles