KOTA KINABALU: Sebanyak 449 kes jangkitan baru Covid-19 telah dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,251 kes.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun lagi, terdapat empat kes kematian direkodkan iaitu tiga kes di Lahad Datu dan satu kes di Tuaran.
“Takziah kepada keluarga yang terlibat,” kata beliau.
Selain daripada itu, seramai 379 pesakit Covid-19 telah discaj atau sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,989 orang.
“Sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 77 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Jumlah kes baru tertinggi di catatkan di Kota Kinabalu dengan 84 kes.