UMNO Sabah Sedia Pertimbang Letak Calon PRK Bugaya

Oleh : Jaafar Abd Wahid

Advertisements

SEMPORNA: UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonya sekiranya Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ,pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut.

” Pada pilihanraya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini ianya diwakili oleh calon dari (PBBM) Haji Daud Tampokon bagaimana pun tewas di tangan parti Warisan yang diwakili ketika itu oleh Manis Muka mohd Darah ” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Umno bahagian Semporna di pejabat Umno bahagian itu baru baru ini.

PRK Dun Bugaya distiarkan kosong setelah penyandangnya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia akibat masalah buah Pinggang pada 17 November 2020 ,bagaimana PRK ditangguhkan setelah negara diistiarkan darurat ekoran penularan Pandemik COVID-19

Menurut Bung kemungkinan SPR akan mengadakan PRK DUN Bugaya dalam tempoh terdekat, ini disebabkan perkembangan perpenularan Pandemik COVID-19 semakin menurun di negara ini.

” Keputusan untuk mengadakan PRK di kawasan ini akan ditetapkan oleh SPR, dan dipihak kita (BN) bersedia menghadapinya ini termasuklah akan mempertimbangkan untuk meletakkan calon kita sekiranya PRK berlaku” jelas Bung.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata kekalahan calon BN Datuk Abd Razak Tun Sakaran yang bertanding dalam PRU 14 bukanlah satu ukuran dan ianya tidak akan melemahkan semangat untuk meletakan calon jika berlaku PRK dalam tempoh terdekat ini

” Kita faham pengaruh Datuk Sahfie Apadal sebagai Presiden Warian ketika itu masih kuat, bagaimanapun dalam setuasai sekarang penerimaan semula rakyat kepada BN semakin meningkat ,ini dibuktikan dalam beberapa siri PRK,dan terkini kemenangan bergaya BN semasa PRN Melaka baru-baru ini” katanya.

Bung menambah di kawasan Bugaya sahaja UMNO mempunyai seramai 180 cawangan UMNO dan yakin jika ahli memberikan sokongan padu kepada calon BN/UMNO tidak ada sebab parti itu sukar untuk merampas kawasan tersebut.

” Apa yang penting kepimpinan UMNO bahagian ini perlu berkerja keras mendekati akar umbi dan semua struktur UMNO bahagian, Wanita,Pemuda dan Puteri perlu digerakkan secara proaktif ,keahlian parti perlu dibersihkan dan jika maklum balas posiitif , kita akan membuat ketetapan samada meletakan calon atau sebaliknya” Tambah Bung.

Pada PRN lepas 26 Oktober 2019 penyandangnya Manis Muka Mohd Darah berjaya mempertahankan kerusi di kawasan tersebut dengan majoriti 6 ,0005 undi mengatasi enam pencabarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles