Kegagalan Kerajaan Dalam Bencana Banjir Besar: PM Perlu Jelas di Parlimen, Tubuh Suruhanjaya Diraja

KOTA KINABALU: Majlis Presiden Pakatan Harapan ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua petugas, sukarelawan dan dermawan yang telah membantu dalam pelbagai misi menyelamat, membersih, dan memulihkan kawasan-kawasan yang sangat terjejas akibat banjir yang berlaku dalam beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada 18 Disember lalu. Malah tenaga dan semangat para sukarelawan mungkin diperlukan lagi bagi membantu menghadapi gelombang kedua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Pada masa yang sama, suara rakyat yang kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respon Jemaah Menteri yang sangat lembab atau dilihat setakat ‘berwayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada Semptember lalu.
Kesan banjir besar dari segi kerosakan harat benda dan kehilangan nyawa hampir 50 orang kali ini amat ketara dan mengguris hati. Malah fenomena ini telah membuka mata kita semua kepada realiti bahawa perubahan iklim dan aktiviti manusia khususnya pembalakan berleluasa dan pembangunan yang tidak mampan akhirnya memberi kesan yang amat negatif buat rakyat.
Oleh itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan berpendirian bahawa YAB Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri wajib memberi penjelasan penuh dalam satu sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar ini.
Pada masa yang sama, kami turut berpandangan bahawa Kerajaan perlu menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja, selaras dengan titah Tuanku bahawa satu pascanilai (postmortem) banjir besar ini dilakukan, termasuk juga buat Sabah dan Sarawak. Ini bagi mengenalpasti segala kelemahan perancangan dan kelewatan pelaksanaan dapat diatasi, termasuk kepincangan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut berhubung 6 kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang telah diberi milik untuk tujuan pembangunan.

Advertisements

Kenyataan Media Bersama

DS Anwar Ibrahim ,Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu, Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles