KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa bencana banjir yang telah melanda enam negeri.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan bantuan sesuai sampai kepada semua yang terjejas dengan segera.
“Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus sabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.
Enam negeri yang terjejas banjir itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.