UMNO Sabah Teliti Dulu Sebelum Buat Keputusan Cadangan GRS Didaftarkan

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU : UMNO Sabah tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam membuat keputusan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai entiti politik rasmi.

Bagaimana pun menurut Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Umno Sabah sedia berbincang berhubung cadangan tersebut.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata, cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Salleh Said Keruak, supaya mendaftarkan GRS secara rasmi, disifatkan sebagai pandangan peribadi.

“Kita perlu diperincikan, terutama melihat apa yang baik dan buruk,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Kompleks Sukan Likas, di sini kemarin.

Ketika ditanya berhubung cadangan itu demi memastikan tiada pertembungan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri b berkata, “Ya, tetapi itu adalah pandangannya…Saya tidak pasti apa yang diperkatakan (apa yang disarankan Salleh).

“Kami akan melihat perkara ini dan Umno Sabah sedia berbincang,” katanya.

Pada Khamis lepas Salleh Adun Usukan berkata, GRS perlu didaftar secara rasmi demi memastikan gabungan itu kukuh.

Susulan itu, Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan yang juga Presiden STAR, selain Timbalan Pengerusi GRS, memberi petunjuk bahawa bukan semua parti menyambut baik saranan berkenaan.

Katanya, partinya sebelum ini sudah diberi tugas melakukan pendaftaran dan berusaha berbuat demikian sejak tahun lalu, namun menemui jalan buntu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles