Oleh: Jaafar Abd Wahid
MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengingatkan rakyat Melaka agar tidak tersalah pilih parti dalam PRN Melaka kali ini.
Katanya, Barisan Nasional/UMNO telah terbukti mampu mentadbir negara dengan kestabilan politik dan mengurus ekonomi negara semasa pemerintahannya.
Menurut Bung semua ini dapat dilakukan dengan baik kerana Barisan/Nasional adalah sebuah parti yang memiliki organisasi yang lengkap yang tidak dimiliki oleh mana-mana parti lain.
“Kita tahu mereka (parti-parti lain) berusaha meniru cara pentadbiran BN/UMNO namun setelah mereka mentadbir negara berlaku kekerapan pertukaran kerajaan dalam tempoh yang singkat mereka gagal mengemudi pentadbiran kerajaan ke arah yang lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di kampung Alai yang terletak dalam kawasan DUN Telok Mas pagi tadi.
Hadir sama calon BN bagi DUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah BN tewas pada PRU-14 disebabkan oleh presepsi dan fitnah yang dilontarkan oleh parti lawan kepada BN .
” Hari ini perbuatan memfitnah dan melebal pemimpin BN/UMNO dengan pelbagai galaran masih berlelusa terutamanya di media sosial ,lebih malang ianya datang dari pemimpin utama parti berkenaan, jadi BN/Umno biarkan sahaja perbuatan mereka kerana rakyat lebih bijak menilainya” katanya.
Kita diminta mengulas kesukaran menjalankan kempen PRN kali ini Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengakui ianya sebagai satu cabaran semasa PRN kali ini tanpa sebarang ceramah politik “workabut” dan kempen rumah ke rumah , bagaimanapun katanya BN/UMNO pengalaman BN menghadapi beberapa siri PRN sebelum ini selain mempunyai struktur parti yang lengkap tidak menghadapi sebarang kesukaran dan kempen akan terus dilakukan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard ( SOP )yang telah ditetapkan di
” Jentera kita ( BN) kena agresif menjalankan kempen menjelaskan kepada pengundi kenapa berlakunya PRN kali ini serta hala tuju BN/UMNO jika diberikan peluang mentadbir negara khususnya Melaka dalam menjaga kestabilan politik dan memulihkan ekonomi negara dan rakyat terpelihara” katanya.
Diajukan pertanyaan agar kelonggaran diberikan kepada calon calon PRN untuk mengadakan ceramah politik Bung berpendapat ianya perlu diberikan pertimbangan bagi memboleh setiap calon dapat menjelaskan hala tuju masing-masing kepada pengundi apabila mereka dipilih.