Srikandi Bersatu Sabah Kempen di Jasin

 

KOTA KINABALU: Srikandi Bersatu Sabah telah menghantar jentera ke Melaka bagi membantu calon-calon Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 20 November ini.

Advertisements

Exco Srikandi Berstu Malaysia, Dato’ Redonah Bahanda berkata, kesemua mereka akan bertumpu di kawasan Parlimen Jasin yang mempunyai lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, segala persiapan telah dibuat sebaik sahaja kempen bermula selepas proses penamaan calon semalam.

“Kita akan membantu calon-calon Perikanan Nasional (PN) bagi kawasan DUN Bemban, Rim, Serka , Merlimau dan Sungai Rambai di kawasan Parlimen Jasin.

“Gerak kerja yang akan dilakukan adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya serta mematuhi prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, Srikandi Sabah yakin dengan perancangan yang telah dibuat, pihaknya mampu menarik para pengundi untuk memberikan sokongan kepada calon-calon PN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, pasukan yang berkempen pada kali ini juga akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman yang ada khususnya semasa PRN Sabah tahun lalu.

“Melihat kepada senario semasa dan isu-isu yang ada, PN tidak ada masalah untuk menarik sokongan termasuk pengundi muda. Kita akan bekerja habis-habisan sehingga malam hari sebelum pengundian,” ujar beliau.

Beliau berkata, turut serta ke Melaka ialah Ketua Srikandi Bersatu Papar, Fahzean Mohiddin bersama jentera parti dari seluruh Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles