Latihan Kecemasan Penting Untuk Hadapi Sebarang Kemungkinan – Jahid

 

TUARAN: Syarikat Maja Warisan Sdn Bhd mengadakan Latihan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Drill) 2021 di Jalan 4, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), dekat sini pada Ahad.

Advertisements

Tujuan program ialah memastikan urusan-urusan bagi mengangkut bahan selamat sampai ke destinasi dan tidak menjejaskan keselamatan awam.

Program dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Menurut wakil penganjur, program diadakan sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku sebarang perkara melibatkan kecelakaan seperti kebakaran pada kenderaan, agar mereka tahu apa langkah keselamatan yang perlu dibuat.

“Latihan kecemasan adalah penting bagi memastikan perlindungan kepada semua orang semasa kecemasan berlaku.

“Ia juga bagi memastikan keadaan yang teratur dan sistematik apabila kejadian berlaku, kerana biasanya, orang akan panik semasa sebuah kejadian berlaku.

“Tetapi dengan latihan ini, ia dapat kurangkan ketegangan di dalam situasi itu, dan mereka dapat mempraktikkan tanggungjawab sebagai individu yang terlibat dalam pengendalian kecemasan kelak ” katanya.

Turut sama dijemput pada sesi tersebut ialah tiga anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tuaran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles