KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersetuju membenarkan aktiviti rentas daerah dan rentas negeri yang berkuatkuasa masing-masing pada 14 Oktober dan 1 November depan.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata
kerajaan negeri Sabah berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus
Selaras dengan itu, katanya kerajaan negeri pada hari ini bersetuju supaya RENTAS DAERAH DIBENARKAN di seluruh negeri dengan syarat:
(a). Individu telah lengkap divaksin;
(c). Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima
sekurang-kurangnya satu dos vaksin;
(d). Kanak-Kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah
lengkap divaksin.
Hajiji berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini pada Rabu.
Beliau berkata kerajaan negeri turut bersetuju MEMBENARKAN RENTAS NEGERI berkuatkuasa 1 November 2021.
Katanya kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat:
(a). Individu telah lengkap divaksin;
(b). Perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag
(Swab/Saliva) dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjalanan;
(c). Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima
sekurang-kurangnya satu dos vaksin;
(d). Kanak-Kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah
lengkap divaksin.