KUALA LUMPUR: Wabak COVID-19 di Malaysia meragut 18 lagi nyawa hari ini iaitu jumlah kematian tertinggi dilaporkan dalam sehari manakala 3,631 kes baharu dan 2,554 kes sembuh direkodkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu ini menjadikan kes kematian akibat pandemik maut itu sehingga kini ialah 660, sementara kumulatif kes baharu 176,180 dengan kes aktif 42,814.
“Daripada jumlah kes baharu, 3,625 kes melibatkan kes penularan tempatan dan enam lagi kes import. Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 782 kes, diikuti Johor sebanyak 466 kes dan Sabah sebanyak 453 kes,” katanya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 hari ini.Â
Beliau turut memperincikan 251 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.Sementara itu, 12 lagi kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster aktif di negara sehingga kini ialah 335.– BERNAMA