Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Majoriti pengusaha tanaman Avocado di negeri ini menyambut baik usaha kerajaan Negeri yang memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang bagi tujuan penanaman Avacadi secara komersel.
Bekas Adun Kemabong Jamawi Jaafar yang terlibat secara aktif dalam penanaman Avacado berkata ini sejajar dengan wawasan kerajaan negeri dengan slogan Sabah Maju Jaya yang mahu melihat industri pertanian terutama penanaman Avacado menjadi salah satu sumber ekonomi bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri dan rakyat.
“Pada tahun 2019, kita masih mengimpot lebih kurang 100 juta buah Avacado dari luar negara, ini menunjukkan bekalan buah Avacado kita belum dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan,“ katanya.
Jamawi berkata demikian ketika di temui di sini sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor baru baru ini berhubung keputusan kerajaan negeri memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang untuk tujuan penanaman Avacoda secara komresel.
Menurut Hajiji usaha tersebut merupakan tindakan kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pertanian sejajar dengan aspirasi Halatuju Sabah Maju Jaya.
Dalam pada itu, Jamawi yang juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diberikan amanah untuk mengusahakan projek tersebut diharapkan dapat melaksanakan sebaiknya terutama dalam bidang kepakaran teknologi ,pemilihan varieti tanaman dan pengurusan ladang.
Menurut beliau yang juga ahli seumur hidup Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika negeri Sabah (MASDA), persatuan tersebut bersedia menghulurkan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan negeri atau GLC yang diamanahkan bagi menjayakan projek tersebut.
“Persatuan ini mempunyai pengalaman dan tenaga pakar yang berpengalaman dalam industri ini dan sedia memberikan bantuan serta kerjasama untuk membangunakan projek ini .“ katanya.
Jamawi menambah kerjasama menang-menang itu akan memastikan projek itu kelak akan memberikan manfaat kepada kerajaan dan pekebun-pekebun kecil di luar bandar.
Dalam perkembangan yang sama, Jamawi juga berharap kerajaan khsusnya Jabatan Pertanian dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil tanaman Avacoda khususnya di luar bandar dengan memberikan khidmat latihan, bantuan baja racun dan pemasaran.
“Kita yakin industri pertanian khususnya penamaman Avocado mempunyai prospek jangka panjang untuk menjana ekonomi rakyat khususnya di luar bandar selain memenuhi permintaannya, harga di pasaran buah avacado juga cukup tinggi,” tambah Jamawi.