KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memohon peruntukan dari kerajaan pusat bagi membaiki kawasan letak kereta di Taman Negara Kinabalu Kundsang yang runtuh awal pagi hari ini.
Timbalan Ketua Menteri Dato Seri Bung Moktar Radin (dalam gambar) berkata walaupun ianya tidak melibatkan jalan utama antara Kota-Kinabalu ke Ranau,namun kesan jangka panjang runtuhan tersebut jika tidak diperbaiki segara boleh menjejaskan jalan utama .
“Kementerian Kerja Raya Sabah akan memohon peruntukan dari kerajaan pusat bagi membaiki runtuhan ini,dimana kita akan menyediakan anggaran kos peruntukan untuk kerja kerja pembaikan ini untuk dikemukakan kepada kerajaan pusat “ katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Menurut Bung walaupun runtuhan ini tidak melibatkan jalan utama iaitu jalan persekutuan namun kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan segera kerana kawasan itu menjadi tumpuan pelancong dan menjadi tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang ingin melawat Taman Kinabalu.
Runtuhan yang melibatkan kawasan sekitar 100 meter itu berlalu susulan hujan yang turun sejak beberapa hari lepas.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.
Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata sekiranya perlu orang ramai boleh menggunakankan jalan alternatif di Jalan Bundu Tuhan Kinasaraban.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang melalui jalan tersebut agar berhati hati.
Katanya pihak JKR telahpun memasang papan tanda amaran selain memulakan kerja kerja penyelanggaraan sementara bagi menghalang runtuhan tersebut memberikan kesan kepada jalan utama.
Ketika diminta mengulas kejadian tanah runtuh di jalan Paitan – Kinabungan yang melibatkan bangunan Loji Rawatan Air Paitan, Bung menjelaskan JKR akan menggunakan peruntukan kecemasan AP55 untuk memperbaiki jalan tersebut.
“Setakat ini laporan yang saya terima hanya bangunan kuarters loji air menggelongsor akibat runtuhan tersebut sementara bangunan Loji Rawatan Air masih boleh berfungsi” jelas Bung.
Sementara itu Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo ketika dihubungi berkata jabatan itu sedang melakukan sisatan dan menyediakan laporan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut.
“Sebaik sahaja laporan terperinci kita terima, jabatan akan membuat anggaran kos pembaikan dimana Pusat Rawatan Air Paitan ini adalah dibawah konsisi syrikat yang diberikan tanggungjawab mengendalikanya” katanya.