Pengerusi GBM Dr Kanul mahu kerajaan “bersihkan” PTI di Sabah, bukan setakat di Pulau Gaya

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Bebas Merdeka (GBM) Gundohing Dr Kanul Gindol menyifatkan langkah kerajaan Sabah, menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), ‘membersihkan’  kependudukan di Pulau Gaya sebagai wajar dan tepat pada masanya.

Bagaimanapun, katanya isu itu perlu penyelesaian menyeluruh untuk Sabah dan mungkin memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan memperuntuk bilion ringgit menyediakan penempatan baru dan rumah mereka yang terlibat dirobohkan oleh Kerajaan.

Menurutnya inisiatif seumpama itu perlu kerana keberadaan semakin ramai penduduk Sabah bukan saja dari Filipina dan Indonesia malahan India dan China.

Oleh itu, Kanul mencadangkan agar satu persidangan nasional atau antarabangsa ASEAN yang disusuli beberapa mesyuarat relevan dan disertai semua pemegang taruh  diadakan bagi membincangkan perkara itu.

“Ini (notis pengosongan Pulau Gaya dalam tempoh 14 hari) adalah inisiatif yang baik dalam memperbaiki kependudukan di Sabah.

“Seeloknya ia bukan hanya tertumpu kepada satu lokaliti Pulau Gaya, sebab banyak kawasan hadapi cabaran dan sejarah yang serupa.

“Sebagai aktivis Sabah, saya hanya berharap inisiatif seperti ini benar-benar ada “kejujuran dan kebijaksanaan” bukan hanya bakal mencipta masalah lain  di Sabah,” katanya.

Kanul berkata demikian ketika diminta mengulas isu notis pengosongan 14 hari yang dikeluarkan kepada penduduk kawasan tertentu di Pulau Gaya.

Beliau berkata adalah tidak wajar sesiapa pun meremehkan faktor perikemanusiaan apabila merancang dan melaksana program pemutihan.

Kanul berkata ini kerana ia melibatkan seluruh penempatan atau kampung, beratus rumah dan ribuan manusia penduduk Sabah, “baik cukup dokumen mahupun belum ada dokumen”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles