HARI KELUARGA BANGKUAI 2026 PERKUKUH PERPADUAN DAN WARISAN KEKELUARGAAN

KIULU: Hari Keluarga Bangkuai 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna menghimpunkan keturunan Bangkuai daripada pelbagai generasi dalam suasana penuh kemesraan, kegembiraan dan semangat kekeluargaan.

Ucapan alu-aluan telah disempurnakan oleh Encik Donald Bangkuai, yang menyeru seluruh keluarga agar terus mengekalkan perpaduan, mengamalkan sikap empati serta mempertahankan nama baik keluarga. Beliau turut menekankan kepentingan saling menghormati, mengambil berat dan memperkukuh hubungan kekeluargaan sebagai warisan berharga untuk generasi akan datang.

Keturunan Bangkuai berakar daripada sembilan orang adik-beradik, iaitu Lumai, Dumayan, Lausin, Sadaman, Kiduk, Toisin, Donald, Soumin dan Sinim. Keluarga besar ini telah membuktikan kejayaan dalam pelbagai bidang serta mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain. Antara tokoh yang menjadi kebanggaan keluarga ialah YB Datuk Joniston Bangkuai, yang telah berjaya sebagai public figure dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi pengenalan keluarga, jamuan makan, fotografi, permainan keluarga, cabutan bertuah, pertukaran hadiah dan karaoke turut memeriahkan program, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.

Hari Keluarga Bangkuai 2026 bukan sekadar pertemuan keluarga, tetapi merupakan simbol perpaduan, kebersamaan dan kesinambungan warisan kekeluargaan yang perlu dipelihara sepanjang zaman.

Keluarga Bangkuai: Bersatu dalam kasih, teguh dalam perpaduan, gemilang dalam warisan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles