KENINGAU : Mantan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik hari ini mengutus ucapan tahniah di atas perlantikan Datuk Victor Sanjos sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.
Penghargaan tersebut terutus bersama rasa bangga bukan sahaja kerana Victor berasal dari daerah Pedalaman itu malah, ironinya, Victor merupakan anak jati kelahiran Kampung Ranggom, Apin-Apin Keningau dari suku etnik Dusun Kujau pula.
“Tahniah dan selamat menjalankan tugas.
Perlantikan Datuk Victor merupakan satu penghormatan besar kepada rakyat Keningau khususnya di kawasan Bingkor ini,” jelas Robert yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah DUN Bingkor dalam satu kenyataan disini.
Datuk Victor Sanjos di lantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah bagi menggantikan Datuk Jauteh Dikun yang bersara wajib pada 11 November lepas, berdasarkan senarai pertukaran pegawai kanan PDRM yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (Bukit Aman) dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).
Victor yang sebelum ini merupakan Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.
