KUALA LUMPUR: Kes baharu harian COVID-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu.
Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian COVID-19 yang direkodkan adalah 9,353 kes pada 10 Julai lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521); Negeri Sembilan (1,033); Kedah (497); Sarawak (472); Johor (406) dan Perak (329).
Selain itu, Melaka mencatatkan 323 kes; Pahang (321); Sabah (239); Pulau Pinang (234); Kelantan (211); Terengganu (93); Putrajaya (77) dan Labuan (60), sementara tiada kes baharu COVID-19 di Perlis.– BERNAMA