Grand Final Piala BMR Diadakan Sebaik Kebenaran Diperolehi – Lokman

KOTA KINABALU: Perlawanan akhir Kejohanan Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (Piala BMR) akan diteruskan sebaik sahaja mendapat kebenaran kerajaan berikutan pandemik Covid-19.

Advertisements

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Lokman Sunggim memberitahu, jawatankuasa itu merancang untuk mengadakan grand final kejohanan bawah umur 18 tahun itu bulan depan.

Katanya, bagaimanapun ia bergantung kebenaran yang akan diberikan pihak kerajaan.

“Sekiranya SAFA mendapatkan kebenaran untuk menyambung semula kejohanan itu, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA merancang untuk mengadakan grand final bulan depan,” katanya ketika ditemui di sini.

Lokman berkata, sebanyak lapan zon akan layak ke pertandingan akhir kejohanan itu dan setakat ini tujuh zon sudah mengesahkan tempat mereka ke grand final.

Zon itu ialah Pantai Barat, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Timur Utara, Zon Tengah, Pedalaman Atas dan Pantai Barat Selatan.

Satu lagi Zon Pantai Timur Selatan terpaksa menangguhkan kejohanan di zon berkenaan ekoran keadaan tidak mengizinkan selepas mengadakan perlawanan satu pusingan.

Sehubungan itu, tambah beliau, jawatankuasa pertandingan induk telah memutuskan supaya zon tersebut tidak meneruskan perlawanan sebaliknya mengadakan pemilihan pemain membabitkan lima daerah untuk pembentukan pasukan zon itu untuk bertanding di grand final.

Lokman menambah, SAFA sudah menghantar surat rasmi kepada SAFA daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Kalabakan berhubung perkara itu.

“Sekiranya keadaan sudah mengizinkan, kita berharap grand final membabitkan lapan zon itu dapat diadakan supaya kita dapat menyelesaikan kejohanan ini,” tegasnya.

Sementara itu, Lokman juga mengucapkan selamat hari jadi kepada Pengarah Urusan Papar Sport Centre, S.S Chung yang menyambutnya secara ringkas dengan hanya meniup lilin pada kek yang disediakan.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Caption;

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles