KGKS sambut baik peruntukan RM2 bilion untuk baikpulih sekolah

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS menyambut baik kenaikan
peruntukan bagi membaikpulih dan menyelenggara semua jenis sekolah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Presiden KGKS Murkam Hj Hussien berkata inisiatif membaik pulih sekolah amat kritikal, terutama di Sabah.

Katanya ini kerana setakat hujung tahun 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 968 sekolah yang mempunyai bangunan daif di negeri ini.

“KGKS percaya dengan adanya tambahan peruntukan, ia dapat membantu menyegerakan pelaksanaan baikpulih dan juga menyelenggara sekolah yang daif di Sabah, sekali gus menyediakan suasana persekolahan yang kondusif.

“Dalam hal ini, KGKS menyokong penuh usaha murni kerajaan Madani khususnya KPM untuk menangani isu sekolah daif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Murkam turut menggariskan beberapa sebab utama mengapa projek baikpulih itu perlu disegerakan:

Beliau berkata ini termasuk menjamin keselamatan pelajar dan guru kerana banyak
bangunan sekolah lama di Sabah yang dikategorikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai tidak selamat dan tidak sesuai untuk digunakan.

Selaim itu, Murkam berkata sekolah yang dibaikpulih juga membantu menyediakan Persekitaran Pembelajaran (PdP) yang Kondusif.

Katanya terdapat juga keperluan untuk baikpulih sekolah yang rosak akibat bencana banjir.

“Sabah sering berhadapan dengan isu sekolah terjejas akibat banjir dan bencana alam yang merosakkan infrastruktur sedia ada. Sebab itu pemulihan perlu dilakukan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles