Program Ziarah Dekatkan Pemimpin dan Rakyat – Abu Bakar

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

KINABATANGAN: Mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Wakil Rakyat Kawasan Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Lamag yang diketuai oleh PPM Abu Bakar Gapar mengadakan program ziarah ke beberapa kampung di kawasan tersebut.

Menurut Abu Bakar program ziarah merupakan program bulanan UPPM untuk menziarahi bukan sahaja mereka yang terkesan dengan penularan Pandemik COVID-19 tetapi juga menziarahi mereka yang dilanda musibah seperti kematian dan yang mengalami keuzuran.

Malah menurut beliau program seperti itu dapat mendekatkan pemimpin dan masyarakat untuk berkongsi masalah serta kesediahan mereka yang di timpa musibah.

“Program ini merupakan acara bulanan kami di UPPM sebagaimana yang dikehendaki oleh Wakil Rakyat Lamag bagi bertanyakan khabar penduduk di kawasan ini terutamanya golongan warga emas, kurang upaya, dan mereka yang ditimpa musibah seperti sakit ,kematian dan bencana alam” katanya ketika ditemui selepas melakukan beberapa program ziarah di kawasan DUN Lamag baru-baru ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ketua daerah Kinabatangan Haji Jibra Jahaya, Ketua Ketua Daerah dan juga kakitangan dari UPPM Lamag.

Antara kampung kampung yang dilawati kampung Denau Ria dan sempat melawat ketua kampungya Maarof Suliman yang kurang sehat, dan ke kampung Bilit bagi menziarahi keluarga Allahyarham Rusinah Sugarah yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut Abu Bakar program turun padang ini selain bertanyakan khabar UPPM Lamag juga turut menyampaikan sumbangan dari Bung berupa kewangan dan keperluan barang dapur.

Tambah Abu Bakar melalui program ini juga UPPM dapat mengesan masalah serta keperluan penduduk di beberapa buah kampung yang dilawati selain memberikan penerangan tentang kebaikan Vaksin kepada mereka.

“Kita faham ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ekoran penularan COVID-19 memang memberikan kesan yang mendalam kepada mereka, justeru melalui program ini kita dapat mengesan mereka yang telepas pandang atau tercicir dari menerima bantuan” tambah Abu Bakar

Related Articles

253FansLike

Latest Articles