Pengerusi Backbenchers DUN sokong pendirian kerajaan negeri mengenai hak 40%

Oleh Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU; Pendirian Kerajàan Negeri mengenai hak 40 peratus hasil Sabah dan penembahan nisbah kerusi Parlimen seharusnya mendapat sokongan pelbagai pihak kerana ia melepasi batas politik.

Pengerusi Backbencers Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, agenda nasional itu tidak sepatutnya dijadikan bahan politik ke negerian kerana perkara itu terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai ketua kerajaan Sabah mempertahan hak rakyat menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 September lalu di Kota Kinabalu.

Dalam mesyuarat itu, Hajiji bertegas bahawa Kerajaan Persekutuan tidak melengahkan tuntutan hasil Sabah 40 peratus selain menambah nisbah kerusi Parlimen di Sabah.

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Sabah (Gagasan Rakyat) mengalu-alukan persetujuan Anwar meminda Perlembagaan untuk membuka ruang penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

” Rakyat Sabah sudah lama menunggu kedua-dua perkara dalam MA63 itu dilaksanaan kerana pihak pembangkang juga turut mendapat menfaat.

” Penambahan kerusi itu perlu bagi memastikan nisbah perwakilan wilayah Borneo lebih tinggi di dalam Dewan Parlimen, ” tegasnya.

Beliau bertegas, usaha Ketua Menteri Sabah itu wajar disokong seseluruhan rakyat supaya Sabah dan Sarawak secara kolektif memegang sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen di Dewan Rakyat.

Langkah itu katanya penting untuk mengembalikan kuasa asal Sabah semasa pembentukan Malaysia.

Pada ketika ini, daripada jumlah 222 kerusi Parlimen Malaysia, Sabah newakili 25 kawasan dan Sarawak 31.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut menegaskan, RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini adalah Geran Khas Interim, bukanya penyelesaian terhadap hak 40 peratus.

Kerana itu menurut Masiung, Hajiji mendesak Persekutuan menyegerakan perlaksanaan hasil Sabah 40 peratus hasil Sabah menerusi rundingan.

Tegas beliau, rundingan diplomasi jauh lebih berkesan berbanding pendekatan konfrontasi yang boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Sabah dan Putrajaya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles