PERPADUAN sambut baik perbincangan MA63 -Autonomi dan tuntutan 35% kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak mesti dilaksanakan

KOTA BELUD:  Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Gundohing Jack Giau,menyambut baik perkembangan perbincangan mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.

PERPADUAN menyifatkan perkembangan tersebut sebagai satu langkah positif dalam usahamemperkukuhkan semula semangat serta asas pembentukan Malaysia.

Menurut Jack, PERPADUAN menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan perkara-perkara berkaitan MA63 melalui rundingan dan persefahaman.

“PERPADUAN menyokong penuh setiap usaha yang benar-benar membawa kepada pelaksanaan MA63.

“Namun, perbincangan mesti diteruskan sehingga menghasilkan pelaksanaan yang nyata dan dapat dirasai oleh rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PERPADUAN menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak hendaklah dihormati sebagai wilayah yang mempunyai kedudukan, kepentingan dan perlindungan khas dalam pembentukan Malaysia, katanya.

Sehubungan itu, Jack berkata PERPADUAN menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pelaksanaan autonomi Sabah dan Sarawak dalam bidang-bidang yang selaras dengan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

“Antara perkara utama yang menjadi perhatian serius PERPADUAN ialah Perwakilan 35% Kerusi Parlimen,” katanya.

Jack berkata mengembalikan kuota 35% komposisi kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak daripada jumlah keseluruhan kerusi Persekutuan penting bagi menjamin kuasa veto dan hak wilayah Borneo selaras dengan semangat asal MA63;

“Begitu juga Hak kewangan  dan Pemberian Khas Sabah dan Sarawak, Pengukuhan kuasa  pentadbiran wilayah, Pendidikan  dan pembangunan sumber manusia, Pelaksanaan Borneonisasi  perkhidmatan awam, Penghormatan  terhadap kuasa imigresen Sabah dan Sarawak, Pembangunan infrastruktur  dan kemudahan asas, Hak dan kepentingan ekonomi  serta sumber asli wilayah, Perlindungan agama, bahasa, budaya  dan adat masyarakat tempatan; dan  Pengukuhan keselamatan  serta pembangunan wilayah Borneo,” katanya.

Jack berkata rakyat Sabah dan Sarawak tidak lagi mahu melihat isu MA63 hanya berakhir dengan perbincangan.

Sebaliknya, katanya setiap keputusan perlu disertakan dengan jadual pelaksanaan yang jelas, pihak yangbertanggungjawab, peruntukan kewangan serta mekanisme pemantauan. 

Ini termasuk langkah perundangan yang konkrit untuk merealisasikan pembahagian 35% kerusi parlimen tersebut, kata beliau.

“Rakyat mahu mengetahui bukan sahaja apa yang telah dipersetujui, tetapi bila ia akan dilaksanakan danbagaimana manfaatnya akan sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata autonomi wilayah bukan bermaksud memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia. 

“Sebaliknya, autonomi adalah usaha untuk memastikan hak, kuasa dan kepentingan Sabah danSarawak dihormati serta dilaksanakan dalam kerangka Malaysia berdasarkan MA63 dan Perlembagaan Persekutua,” tambah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles