JPS digesa ambil tindakan segera baiki pam air untuk kemudahan sawah padi Kg Kiawayan – Victor P. Paut

JPS digesa ambil tindakan segera baiki pam air untuk kemudahan sawah padi Kg Kiawayan – Victor P. Paut

TAMBUNAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa supaya mengambil tindakan segera bagi membaiki pam air yang rosak sejak enam tahun lalu sehingga menjejaskan kawasan sawah padi di Kampung Kiawayan dan kampung berdekatan lainnya.

Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Dato’ Victor P. Paut, berkata, kerosakan pam air itu telah menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan ke sawah-sawah terbabit, sekaligus mengakibatkan tanaman padi penduduk terjejas, terutamanya ketika cuaca panas dan kering ketika ini.

Pada masa sama katanya, masalah itu bukan sahaja berlaku di Kampung’ berkenaan, malah turut membabitkan kawasan sawah di Kampung Masak dan Kampung Silat, dengan lebih 600 petani terjejas.

“Masalah ini sudah berlaku selama enam tahun dan terlalu lama untuk dibiarkan tanpa penyelesaian oleh pihak bertanggungjawab. 

Kita dapat lihat sendiri keadaan sawah yang merekah dan kering akibat ketiadaan bekalan air hingga padi pun musnah.

“Justeru, saya berharap pihak berwajib, khususnya JPS, mengambil tindakan segera untuk mengenal pasti punca kerosakan pam, seterusnya memastikan sistem pengairan ini dapat berfungsi semula,” katanya ketika meninjau keadaan sawah padi di Kampung Kiawayan, di sini.(9 Sept)

Victor yang juga Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera berkata, kawasan sawah yang terjejas dianggarkan melebihi 200 ekar dan menjadi sumber pendapatan utama penduduk yang bergantung kepada hasil tanaman padi.

Menurutnya, beliau juga sudah menghubungi Pengarah JPS Daerah Tambunan semalam dan dimaklumkan bahawa pegawai jurutera daerah akan turun padang bagi meninjau serta mengenal pasti masalah berkenaan.

“Saya berharap perkara ini tidak berhenti setakat tinjauan sahaja, sebaliknya tindakan susulan wajib diambil dengan segera kerana petani di sini tidak boleh terus menunggu.

“Sekiranya sawah tidak dapat diusahakan, mereka bukan sahaja kehilangan hasil tanaman, malah sumber pendapatan untuk menyara keluarga turut terjejas,” tegasnya.

Beliau berkata, pihak pesawah yang terjejas turut berharap Jabatan Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) dapat mengambil perhatian serta campur tangan dalam isu berkenaan, sekaligus membantu meningkatkan penanaman komoditi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Kiawayan yang juga salah seorang pesawah terjejas, Justin Itud berkata, penduduk sudah beberapa kali membuat laporan berhubung masalah sistem pengairan itu sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini pam berkenaan masih belum dibaiki, menyebabkan petani terpaksa bergantung kepada hujan untuk mendapatkan bekalan air ke sawah yang sudah tentu tidak mencukupi.

“Sudah banyak kali laporan dibuat sebelum ini. 

Sekarang keadaan semakin teruk kerana cuaca panas dan tiada hujan, justeru kami harap perkara ini dapat perhatian serta tindakan segera diambil supaya pam dibaiki dan air dapat disalurkan semula ke sawah. 

Ini punca pendapatan kami sebagai petani,” katanya.

Banyak aduan kami hantar dan memohon tindakan sepanjang tempoh itu namun sehingga hari ni, belum ada tindakan di ambil untuk mengatasi masalah pengairan ini, “katanya lagi.

Harry Kimun, seorang pesawah dari Kg Lalapakon di sini turut menyuarakan rayuan para pesawah di kampung nya supaya pihak berwajib segera mengambil langkah drastik yang segera dilakukan bagi memulihkan sistem pengairan supaya penanaman dapat diteruskan mengikut jadual.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles