Jualan Mega KTC terlajak laris dengan jualan RM1.4 juta dalam tempoh 48 jam

Kapsyen Foto – Pelakon Singapura Hui Ge (berbaju corak bunga) menghadiri Jualan Mega KTC, ditemani oleh Datuk Dexter Lau (kiri) dan Pengarah Urusan KTC, Datuk Lau Kok Sing.

KOTA KINABALU: Jualan Mega KTC Consolidated Berhad di Kolombong sudah mencecah angka RM1.4 juta dalam tempoh dua hari, yang akan berakhir pada pukul 6 petang hari ini.

“Jualan selama 2 hari mencecah RM1.4 juta, dan jualan mega ada hari ini,” kata Pengarah Eksekutif KTC Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau mengenai pencapaian progran Jualan Mega KTC setakat hari ini.

Beliau berkata jualan mega  ini dianjurkan bukan sahaja untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan membeli-belah yang berbaloi, tetapi juga untuk memperkukuh hubungan antara syarikat dan masyarakat melalui acara ini.

Beliau menekankan bahawa KTC sentiasa memberi keutamaan kepada penglibatan bersama pengguna dan komuniti. 

Justeru, selain menawarkan siri promosi menarik, acara ini turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif di tapak, membolehkan pengguna menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan sambil mendapatkan keperluan harian mereka.

“Kami berharap jualan mega  ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan harian pada harga lebih berpatutan, sambil membolehkan lebih ramai mengenali produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTC. 

“Berinteraksi secara langsung dengan masyarakat melalui aktiviti di tapak juga merupakan cara penting untuk kami membina hubungan lebih kukuh dengan pengguna,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas sokongan pada hari pertama promosi dan menggalakkan semua untuk memanfaatkan hari terakhir dengan mengunjungi lokasi bagi mendapatkan produk pilihan mereka.

jualan mega  KTC berlangsung selama tiga hari dari 28 hingga 30 Ogos (Ahad), menampilkan pelbagai tawaran istimewa dan promosi masa terhad. 

Produk terpilih ditawarkan dengan diskaun sehingga 80%, membolehkan pengguna membeli keperluan isi rumah dan harian pada harga lebih menarik.

Ketika promosi memasuki hari ketiga, minat dan kehadiran orang ramai terus meningkat. 

Penganjur turut mengingatkan pengguna bahawa stok bagi produk promosi dan harga istimewa adalah terhad dan ditawarkan selagi stok masih ada. 

Orang ramai digalakkan hadir lebih awal bagi mengelakkan ketinggalan mendapatkan produk pilihan dan tawaran masa terhad.

Mereka yang berminat digalakkan memanfaatkan hari terakhir pada 30 Ogos (Ahad) dengan mengunjungi jualan mega  KTC, menikmati tawaran menarik sambil menambah nilai dan variasi kepada pengalaman membeli-belah hujung minggu mereka.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles