MINYAK SAWIT : INMERC NYATA MINAT BEKERJASAMA DENGAN SAWIT KINABALU

KOTA KINABALU : Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato’ Victor P. Paut menerima Kunjungan Hormat Pengarah Eksekutif (Group Expansion) International Mercantile DMCC yang berpangkalan di Dubai, Arab Saudi dipejabatnya di Menara Kinabalu di sini semalam. 

Chandrasegaran, dalam misi membawa siri pelaburan berskala besar itu menzahirkan minat dalam perusahaan minyak dan gas selain menyatakan keinginan syarikat gergasi dari Dubai itu untuk bekerjasama dengan Sawit Kinabalu berkait pembelian minyak sawit keluaran tempatan. 

“Kerjasama ini memungkinkan industri minyak sawit kita di ekspot keluar negara dan memenuhi pasaran Asia Barat khususnya Dubai, Arab Saudi, “jelas Victor dan menambah bahawa pertemuan itu sebagai langkah awal ke arah perbincangan yang lebih luas tidak lama lagi. 

Syarikat ini juga turut menyatakan minat untuk melabur dalam industri perhotelan di Sabah dan ini akan dapat membantu Sabah dari segi penginapan untuk para pelancong di masa hadapan selain mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan, jelas Victor lagi. 

Menurutnya, Sabah mengamalkan dasar pintu terbuka kepada pelaburan asing seperti yang dinyatakan oleh YAB Ketua Menteri sebelum ini, dalam usaha memakmurkan dan membangun negeri ini ke arah kemajuan. 

“INMERC juga sudah menyatakan minat mereka untuk melabur di Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park (SKSIP) dan beberapa kawasan strategik untuk industri pembangunan berdaya saing bernilai bilion ringgit,” ujarnya lagi.

Menurut sumber, INMERC merupakan sebuah syarikat gergasi  di Dubai, UAE yang menumpukan perniagaan dalam industri perhotelan, minyak Sawit, Agro Trading, Energi, besi keluli selain minyak dan gas. 

Syarikat yang berpangkalan di Dubai ini memiliki perusahaan 21 buah hotel penginapan, perkapalan, L&G yang menampung sejumlah 8,000 orang pekerja pelbagai bidang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles