KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berjaya mengutip dua pingat emas dalam acara badminton pada Kejohanan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) di Dewan W (Sentul) Badminton Centre, dekat sini yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 Ogos lepas.
Pingat emas pertama Sabah diperolehi menerusi acara badminton berpasukan.
Pasukan berpasukan Sabah, dibawah bimbingan jurulatih Magneal Tibin dan Badree Yansun, menewaskan pasukan Putrajaya 3-0.
Pasangan beregu lelaki terbuka pegawai kanan Dunstan Peter Dan Mohd Qawie Abdul Gapar pula menggandakan pungutan emas itu selepas menewaskan pasangan negeri Perak 2-1 di peringkat akhir.
Sementara itu, Magneal berharap Pasukan Sabah dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada kejohanan yang akan datang.
