KIULU: Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) MANTAP Kiulu Taipin Gilos dan Timbalan Pengerusi Joluin Jairuh semalam meluangkan masa menziarahi tiga keluarga yang kehilangan insan tersayang di Kampung Malangang Baru baru-baru ini.
Mereka disertai sembilan orang ahli jawatankuasa KRT MANTAP Kiulu.
Rombongan itu menyantuni keluarga mendiang Gangak Gohun sebelum
melawat kediaman mertua mendiang Jelly Boki.
Mereka kemudiaan meneruskan lawatan ke rumah keluarga kediaman mendiang Farren Kiddy Maurice Tan.
Sempena program ziarah itu, sumbangan sentuhan kasih dari Biro Kebajikan KRT MANTAP turut disampaikan kepada keluarga berkenaan.
Taipin berkata lawatan ziarah tersebut mencerminkan komitmen kepimpinan AJKRT MANTAP untuk sentiasa mendampingi komuniti MANTAP, khususnya keluarga yang sedang berdepan saat sukar kerana kehilangan ahli keluarga.
Sebelum itu, rombongan itu turut melakukan lawatan yang sama di dua kampung, masing-masing di rumah mendiang Monita Bongul, Malangang Baru dan rumah mendiang Abner Lasmel di Kg Tompinahaton.
Program ziarah di Malangang Baru itu turut disertai Timbalan Ketua Bahagian PBS Kiulu, Gundohing Rhodes Panilau.
Sementara itu, Taipin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Biro Kebajikan KRT MANTAP yang diketuai Cikgu Touin Lontou dan juga bekas Pengerusi KRT MANTAP Kiulu Gundohing Ariffin Gadait atas sumbangan membantu KRT MANTAP menjayakan pelbagai program kemasyarakatan selama ini.
