“Isu Setuju Terima Kadar Pemberian Khas Lebih Rendah” – Warisan Tampil Beri Penjelassn

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah tampil memberikan penjelasan terperinci bagi menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Warisan telah “bersetuju menerima kadar Pemberian Khas yang lebih rendah” selepas 

parti itu mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018.

Bekas Pembantu Menteri Kewangan yang juga ADUN Merotai Sarifuddin Hata

 berkata laporan dakwaan itu hanya menceritakan sebahagian daripada kisah sebenar.

“Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam rundingan ketika itu selaku Pembantu Menteri Kewangan Sabah, saya bertanggungjawab menjelaskan fakta yang sebenar.

“Apabila Warisan mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, Sabah hanya menerima Pemberian Khas sebanyak RM26.7 juta, suatu kadar yang tidak berubah sejak 1968 walaupun hak Sabah dijamin di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sarifuddin, kerajaan Warisan pada ketika itu memilih untuk tidak berdiam diri. 

“Kami memulakan semula rundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyemak kadar tersebut dan mendapatkan penyelesaian yang lebih adil untuk Sabah.

“Cadangan peningkatan kepada RM53.4 juta adalah sebahagian daripada proses rundingan itu.

“Ia bukan penyelesaian muktamad dan bukan penamatan tuntutan Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa rundingan masih berjalan dan matlamat kerajaan Warisan ketika itu adalah untuk mendapatkan formula yang benar-benar mencerminkan hak perlembagaan Sabah. 

“Malangnya, rundingan tersebut tidak sempat dimuktamadkan apabila Kerajaan Persekutuan bertukar susulan Langkah Sheraton. 

“Selepas itu negara berdepan pandemik COVID-19 dan tidak lama kemudian Kerajaan Warisan pula dijatuhkan,” katanya.

Sarifuddin berkata proses rundingan yang sedang berjalan akhirnya terhenti. 

“Justeru, adalah tidak tepat untuk menggambarkan bahawa Warisan telah menyerahkan hak Sabah. 

“Hakikatnya, Warisan ialah kerajaan yang memulakan semula rundingan setelah Sabah sekian lama hanya menerima RM26.7 juta.8. 

“Lebih menarik, selepas Mahkamah Tinggi tahun lalu memutuskan bahawa semakan Pemberian Khas perlu dilaksanakan mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, keputusan tersebut pula telah dirayu.

“Maka persoalan yang lebih penting untuk dijawab hari ini ialah, bilakah hak perlembagaan Sabah akan benarbenar dilaksanakan?

Katanya rakyat Sabah tidak seharusnya dikelirukan dengan naratif yang hanya memilih sebahagian fakta tetapi mengabaikan keseluruhan konteks.

Beliau berkata perjuangan Warisan tidak pernah terhenti pada angka RM53.4 juta. 

“Matlamat kami sejak dahulu hingga hari ini tetap sama, untuk memastikan Sabah menerima haknya sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” tambah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles