KGKS sokong seruan NUTP agar subsidi bahan api bulanan 300 litre diberikan semula kepada warga pendidik

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyokong penuh seruan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan sebanyak 300 liter di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada warga pendidik.

Presiden KGKS Murkam Hj Hussien berkata rayuan NUTP itu tepat pada masanya dan wajar disokong oleh semua warga pendidik.

Sehubungan itu, beliau berharap inisiatif NUTP itu mendapat respons yang positif daripada pihak kerajaan.

“Dalam konteks Sabah, selain faktor geografi, saya juga berpendapat Sabah
sebagai negeri pengeluar minyak dan gas, wajar diberi keutamaan dalam manfaat subsidi untuk mengurangkan kos sara hidup dan logistik yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Jumaat, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang dipetilk sebagai memberi justifikasi bahawa terdapat guru yang menggunakan kuota subsidi BUDI95 individu untuk urusan rasmi, termasuk menghantar pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan pertandingan di peringkat daerah dan negeri menggunakan kenderaan sendiri, sekali gus menyebabkan kuota subsidi petrol mereka cepat habis.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles