Salleh sifatkan pendirian Akmal tolak kerajaan ‘tebuk atap’ sebagai betul

KOTA KINABALU: Bekas Bendahari UMNO pusat Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menolak kerajaan ‘tebuk atap’ sebagai langkah yang betul.

Menurutnya UMNO tidak boleh dilihat hanya berjuang untuk mendapatkan kuasa.

“Pendekatan (yang diambil Akmal) ini boleh memulihkan kepercayaan rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook.

Semalam, Akmal dipetik sebagai  menegaskan pendiriannya menolak pembentukan kerajaan melalui pendekatan ‘tebuk atap’ walaupun Barisan Nasional kini memiliki majoriti mudah di Negeri Sembilan.

Beliau menyatakan UMNO hanya mempunyai dua pilihan iaitu menjadi pembangkang bermaruah atau membubarkan DUN untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

Salleh berkata prinsip jelas itu akan mengukuhkan kredibiliti dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata hubungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan harus diambilkira dalam situasi politik seumpama itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles