Pengerusi KKJA Jimmy Goh terima anugerah PGDK membawa gelaran Datuk

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Jimmy Goh merupakan antara penerima pingat dan darjah kebesaran Sabah sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75, Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman, esok.

Wartawan veteran itu menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Jimmy kini memegang jawatan pengerusi KKJA penggal 2024-2027. 

Jimmy Goh, seorang pemimpin media yang dihormati di Sabah dan pengasas Persatuan Wartawan Kota Kinabalu, telah mengabdikan 35 tahun kepada industri media.

Selain kerjaya kewartawanan beliau, beliau telah berkhidmat dengan Yayasan Buah Pinggang Sabah selama 25 tahun, menyumbang secara signifikan kepada inisiatif komuniti dan penjagaan kesihatan.

Turut menerima anugerah PGDK ialahĀ Hakim Mahkamah Tinggi Maslinda @ Linda Mohd Ainal; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awang Tahir dan Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd, Saadiah Aziz.

Penerima lain Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr William Gotulis dan Ketua Konservator Hutan Sabah Zulkifli Suara dan Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Haniza Abdul Wahab serta bekas pemain bolasepak Sabah Henry Saimpon.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles