KOTA KINABALU: Kelab bola sepak BMU Kota Kinabalu akan menganjurkan kejohanan Liga Bolasepak 9 Sebelah Terbuka Kawasan Kota Kinabalu Siri 1 2026 di Padang Ganang Kepayan, dekat sini, pada 26 April ini.
Pengerusi Penganjur Ninewjo Newmond berkata kejohanan liga bolasepak itu, antara lain, bertujuan mencungkil dan memberi ruang kepada bakat baharu menyerlah dalam arena bola sepak.
“Sukan bola sepak merupakan medium berkesan untuk mempererat hubungan golongan belia, memupuk perpaduan kaum, dan membina semangat setia kawan.
“Kita berharap melalui aktiviti sukan, belia daripada pelbagai latar belakang dapat bergaul, bekerjasama, dan bertanding secara sihat,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.
Menurut Ninewjo, penyertaan kejohanan liga bolasepak itu terhad kepada 24 pasukan dengan yuran RM300 setiap pasukan.
Katanya juara bakal menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta piala dan medal, naib juara (RM1,000 dan medal) manakala pemenang bersama tempat ketiga akan membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan medal.
Pasukan yang berminat boleh menghubungi encik Rayner (HP 0168274324) atau Molly (01161282633) untuk keterangan lanjut.
