Datuk Dr Yusof, buat kunjungan hormat terhadap Menteri Kewangan

KOTA KINABALU : Pengerusi Sabah Development Berhad (SD Berhad) Datuk Dr Yusof Yacob telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di pejabatnya di Menara Kinabalu, semalam.

Kunjungan antara lain bagi memberikan penerangan mengenai hala tuju dan cadangan penstrukturan semula SD Berhad.

Ia bagi memastikan peranan SD Berhad relevan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) menjana pendapatan kerajaan negeri seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles