Oleh Yussof J. Imbang
KUALA LUMPUR: Tuntutan menambah kerusi Parilmen Sabah dan Sarawak tidak harus dikaitkan dengan perundangan sebagai alasan menolak cadangan tersebut sebaliknya perlu disemak dalam Perjanjian Malaysia (MA63)
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, prinsip itu bukan sekadar tuntutan politik, sebaliknya ia digariskan dalam pembentukan Malaysia antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Pernyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said menimbulkan polemik yang tidak sihat lebih-lebih lagi ianya dibuat menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
“Jawapan Azalina itu boleh menimbulkan ketegangan politik dan mengores hati rakyat Sabah dan Sarawak, seolah-olah beliau menentang cadangan penambahan kerusi Parlimen di kedua-dua negeri itu.
” Pandangan Azalina itu bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bersetuju untuk menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.
” Isu yang ditimbulkan Azalina itu boleh mencetuskan luka lebih besar tentang cara pusat melayani negeri di wilayah Borneo yang sepatutnya ada autonomi politik sendiri, ” kata Masiung dalam kenyataan hari ini.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda di Dewan Rakyat pada 3 Mac lalu, Azalina menjelaskan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak perlu diteliti secara menyeluruh kerana ia membawa impikasi besar kepada negeri-negeri lain.
Masiung menegaskan, jawapan Azalina itu dilihat tidak menghormati rakyat wilayah Borneo dan merendahkan peranan anggota Parlimen Sabah dan Sarawak yang sekian lama memperjuangkan isu itu di Dewan Rakyat.
Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, pada 16 November tahun lalu Perdana Menteri, pada dasarnya bersetuju tentang penambahan kerusi Parlimen di kedua-dua negeri itu.
Beliau berasa heran kenapa Azalina menentang cadangan penembahan kerusi berjenaan sedangkan Perdana Menteri terlebih dahulu membuat pengumumakan dan memberi pertimbangan menambah kerusi untuk Sabah dan Sarawak.
