KBSK beri jaminan siapkan projek Kompleks Sukan Tongod

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Krearif Sabah (KBSK) memberi jaminan untuk meneruskan projek Kompleks Sukan Tongod yang tertangguh pembinaanya sejak Julai tahun lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, lawatan kerja menteri KBSK, Datuk Hj Nizam Datuk Seri Abu Bakar Titingan ke tapak projek itu kelmarin mengakhiri  kemelut projek gajah putih itu.

” Saya berpuas hati, kerana menteri sendiri memberi jaminan Kompleks Sukan itu akan diambil perhatian tuntas dan akan melantik kontraktor baharu untuk menyiapkan projek berkenaan dalam masa terdekat.

” Saya sendiri akan mengambil peranan untuk menyusul supaya projek ini segera dipercepatkan, ” tegasnya ketika ditemui media di tapak projek tersebut.

Menurut Masiung, walaupun pada awalnya beliau sedaya upaya mendapatkan projek tersebut ke daerah Tongod, tetapi kontraktor yang dilantik oleh kerajaan lalu amat mengecewakan.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri  Disember tahun lalu, beliau lantang mendesak KBSK mengambil perhatian serius supaya projek terbangkalai itu segera disiapkan.

Pengerusi Kumpulan SEDCO itu mengesa KBSK meneliti terlebih dahulu kemampuan kontraktor baharu yang bakal dilantik nanti supaya isu Kompleks Sukan Tongod itu  tidak berulang.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Pembantu Menteri KBSK, Dato Seri Dr Anal Sandhu, Setiausaha Tetap KBSK, Datuk Mansor Adun dan Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles